Malu itu Indah | Malu itu Fitrah

Feb 12, 2011

entry korg 2 menarik ke annoying??

salam cun2 dan hensem2 sekalian entry kali ni dayah nk kongsi ngan korg tips cmne nk wat entry korg 2 menarik..1
tapi yg sebenarnye dayah pon ngah belaja same..jom la kte kongsi ilmu nie supaya dpt menambah baikkan entry kite bersama,~~cewaahh~~,

Antara tips-tips untuk membuat entry menarik;

  • For first impression, buat tajuk entry yang menarik untuk pembaca datang baca entry korang. Yang korang rasa kalau korang baca tajuk tue mesti tertarik nak baca isinya sekali.

  • Cuba buat entry yang dekat di hati pembaca/ isu hangat tapi dengan gaya penulisan korang tersendiri/ kehidupan peribadi menarik yang berbeza daripada yang lain.

  • Buat entry mengikut format seperti;

    ~Pendahuluan contohnya beramah mesra dengan pembaca/permulaan cerita.

    ~Isi ini mesti la konsisten dengan gaya penceritaan bersahaja atau berinteraksi dengan pembaca lebih menarik perhatian pembaca untuk terus membaca hingga ke akhir entry.

    ~penutup ini boleh di buat melalui kesimpulan atau apa sahaja yang korang rasa nak ulas dari keseluruhan cerita. Lagi bagus berinteraksi dengan pembaca melalui pertanyaan supaya pembaca menjadi tertarik untuk memberikan pendapat di ruangan komen.

  • Cuba buat entry secara ringkas tapi padat sebab kebanyakan pembaca malas nak membaca entry yang panjang. Kalau memang entry itu panjang, korang boleh buat entry by part 1,2,3.

  • Masukkan sekurang-kurangnya sekeping gambar di dalam entry bagi menarikkan lagi wajah entry.

  • Kalau korang masukkan lebih dari 1 gambar, seelok2nya semua gambar tue sama size width dan heightnya.

  • Elakkan penggunaan terlalu banyak emotion icon yang bergerak-gerak di dalam entry. Bagi cik tom maximun 3 kalau korang nak masukkan supaya tak nampak terlalu sarat.

  • Elakkan daripada penggunaan terlalu banyak warna di dalam sesuatu entry. Sama juga sebaiknya maximun 3 jenis warna sahaja.

  • Sebaiknya justifykan entry supaya nampak kemas dan tersusun. Bila kemas akan automatik menarik perhatian mata pembaca untuk membaca.

  • Kalau entry itu ada kaitan dengan entry sebelum ini, seeloknya masukkan backlink entry tersebut untuk memudahkan pemahaman pembaca dan automatik menambahkan pageview entry.

  • Cuba selang selikan jenis entry korang supaya pembaca tak boring untuk membacanya kecuali memang blog korang jenis fakta/diary dan lain-lain.


Read more: Tips Untuk Buat Entry Menarik Tertarik Deboom | ! CIK TOM ! http://www.ciktom.com/2010/11/tips-untuk-buat-entry-menarik-tertarik.html#ixzz1Dp6TouZa

No comments:

Post a Comment

sape tekan die bertuah!!