Malu itu Indah | Malu itu Fitrah

Jun 29, 2011

If you pretend to Couple

  • - you feel enjoyed because there no feeling involve
  • - you feel that this is just a game at the beginning
  • - you feel different because you both not serious about the relationship
  • - you just feel weird when holding each other hand in public
  • - you noticed there a side you never seen of each other
  • - you feel that she is treating you different from any other person but he/she just treat your normally
  • - you noticed that you have feeling for that person and you confuse
  • - you wonder which is real and which is not
  • - you feel that this is not fun anymore
  • - you want to tell that person that you love him/her but you afraid of losing that person just by saying those three words
  • - you often think too much whether that person feel what you feel
  • - you getting crazy and started doing something stupid
  • - you know you have to pretend to hide that jealous feeling when she/he talked about other people
  • - you have to tell that person how you feel and never looked back on your decision whatever the outcome

While everything seems so unreal to that person. one thing that seems real to you is that
YOU LOVE HIM/HER ^_^

Jun 12, 2011

Talian afundi ditutup untuk selama lamnya~


Assalamualaikum u'll..hehe gedik!

malam ni tanggal 12/6/2011 tamat la rancangan hiburan yang terkemuka di Malaysia,Brunei dan Singapura iaitu Akademi fantasia. Lama gila kot dayah layan Af ni. Dari tahun 2003 dimana mase tu dayah baru darjah 6. ha...lama tak lama plak kan. Masa tu juara dia Vince..kita semua pemenang bukan pengalah..hahaha..ayat tak bleh bla..

masa af 1 ni dayah minat kat si adi fashla tu. walaupon dia terkeluar awal. Khai pon not bad la. pastu mula plak af 2..haaa..time ni rancangan ni da makin popular.rating da naek sgt2..budak2 sekola da start cerita2 time rehat kat kantin,makcik2 cleaner plak da ngah sebok kumpul duit nak beli piring astro bab semata mata nak tengok akedemi fantasia tu. Time af2 ni dayah serius minat giler2 kat ADAM..haha..comel gile oh die..sampai skang minat g...tanye je lagu die semua dayah taw. peminat kipas mati la kirenya jugak. nak nak tengok die menari jatuh cinta ohhhh..


rancangan ni memang buat orang ramai demam. Sampai jadi fenomena la kiranya. Lagi lagi time af3, dimana dengan adenya kehadiran mawi,sampai ade gelombang tsumawi taww. HEbat tak hebat penangan die. so hari ni, walaupon tak balik sanggup tu g tgk kat tv kat kolej ni, gigih kan?? macam biase dayah da bley agak sape yg menang. Tempat pertama hazama (maklang suke),kedua lena(mmg lena la tdo), ketiga fina(dislike) and ke4 Azri(mantap).
rancangan da abis. satu teja dengar dayah jerit..yeaaayyy esok cuti sebab miss roslina suka hazama!! hahahahaaha..nitezzz!

juara af8
ahmad shahir zawawi


*ps/minat gila kat shahir af8, bab ade ciri2 lelaki idaman.aaawwwuuuuwwwww~ pewwitt

Jun 10, 2011

BoLeh GiLErrr duduk dlm kotak ni!


hah..bila bosan ape lagi conteng blog la keje nye.



opppsss...lupe plak.. Assalamualaikum w.b.t!!
hai korang arini dayah rase bosan sangat sangat. Rase cam nak g kopek kelape je. hadddoyyyaii. Habis semua muvie da layan. Pastu facebook rase cam da menyampah gile plak kat dayah. So maknenye da kena bukak Buku la. Hari ni study maf a.k.a costing. siap semua latihan. Edit kerja bel. ok..done.siap emel. Pastu boring balik..haaaa..Padan muka ko! sape suh tak balik. Da elok2 lecture tak buat kelas.ko nak lagi duk kat teja tu. hamek! Duduk dalam bilik ni rase da duduk dalam kotak da.




Petang tu fara datang bilik. borak-borak lame gile. pastu dia nak naek bilik da g basuh kain katenya. kan da boring balik. ha nampak tak betapa bosannye bile takde kelas. Then petang syifa datang, teman die borak2 sambil tunggu parent dia amek bawak balik. duduk kat kusi depan dobi amik angin cuci mata.wow. ayah dia pon sampai.so dayah pon bosan la lagi sekali. Masok bilik dengan muka monyok. bace buku costing ckit bab nak kuiz ari selasa. Dapat call dari fara ajak pergi makan. Tawarm enawar nak makan kat mne da mengambil masa berjam2. Selesai counter offer kitorang pon decide nak makan kat dimen. Tulis blog jap, pastu nak g mandi dan siap2. ok.done. TaTa fellas~~muaaccccxxxkkkhhh!

paNtang Aku LeLaki cam Ni!

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, "buka pintu", "buat kopi","angkat kasut" dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti" boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu"

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata "gurau pun tak boleh."

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang "buat derk" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

how sweet to be single!! aww~~

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

*credit to tentang cinta

Jun 3, 2011

SeMuA pUn BARU


Assalamualaikum w.b.t Kawan kawan.. ^_______^

Entry kali ni dayah nak story-story pasal ape ek? pasal pape je la ok. Tak de idea actually, ok semester baru da bermula. Today my life begin hihi cam lagu background blog ni. Sem baru, semua pon mesti la baru kan, semangat baru, lecture baru, subjek baru, pen baru tapi tak sangke pulak dayah dapat roomate baru. dua teross. Alhamdulillah roomates baru ni best. Masuk je ngan kitorang. Otak masuk air jugak cam dayah. Welcome to kakak ayu ngan adik bongsu nana cokodok! Best sebab at the same time dayah dapat kakak ngan adik teros. Still 1 bilik ngan member baik hana. so kitorang da jadi satu family. Sedih sebab level kitorang da sunyi dengan kebisingan budak budak part 4 akaun. Semua da tercampak,terpisah angkara UitM dihatiku. Ade yang duduk rumah sewa, dan ramai di level 24 ngan level 11 menumpang bilik adik2 junior. Kesian diorg. Susah la nak study same same lepas ni. Ha..i need them. nak ketawe2 same, merepek plus mengarut bersama, makan ramai2 n the most important thing belajar ramai2. Uitm kejam.

Anyway kelas terpaksa diteruskan. Walaupon tak de mood giler2 nak pergi kelas isnin tu kan. Kelas makin berkurangan ahlinya. Makin menambahkan kesedihan di jiwa. Dapat lecture garang tahap petala ke tujuh. membunuh. Summary, lecture sem ni semua agak berumur. Hari2 kena pakai baju kurung except rabu.Damn.



Tapi jadual ok la, tak pack sangat. And most of the class dekat blok b. tapi kelas far(akaun) jauh giler dekat blok y. nak menapak daki tangga yang tak menahan tu. Dengan muka manis berbaju kurung, sampai kelas ketiak basah muke masam plus mate kelip kelip tahan ngantok bab kelas time petang. Orang giler je g klas time time camtu. huh.

Emosi kawan kawan ramai yang tak stabil lagi. Hari hari ade je yang menangis sebab stress giler ngan study,bilik,kawan kawan..dan bermacam lagi. untuk kawan kawan semua, senyum serta sabar sebagai permulaan dan akan membawa anda ke tikar sejadah untuk mengadu kepada DIA. always be there. *BILA ALLAH MAKBULKAN DOA KITA BERMAKNA BERTAMBAHNYA IMAN KITA,BILA ALLAH TANGGUHKAN DOA KITA BERMAKNA BERTAMBAHNYA KESABARAN KITA,BILA ALLAH TAK PANDANG RINTIHAN HATI KITA BERMAKNA ALLAH MENGATUR YG TERBAIK UNTUK KITA*



best of luck!


p/s:
JIKA KELMARIN TERSUNGKUR,
JaDI HARI INI BANGUNLAH DARI LENA KEALPAAN,
TEGAK DI ATAS TUGU PERJUANGAN,
MELANGKAU DI ATAS LANDASAN PERTIMBANGAN,
MARA DI ATAS DASAR KESEDARAN,
BERLARI DI ATAS SINAR KEYAKINAN!!

sape tekan die bertuah!!