Malu itu Indah | Malu itu Fitrah

Feb 13, 2011

cemburu lelaki mengikut horoskop!!

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

sedikit mengenai lelaki2..hahaha


Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para wanita sekalian, apa yang anda perlu tahu tentang lelaki.

· Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

· Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

· Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

· Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

· Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

· Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

· Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!

· Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

· Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

· Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

· Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

· Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

· Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

· Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..:)

· Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

· Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

· Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. :d

· Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

· Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

· Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

50 Tips Cara Memikat Lelaki

kembali lagi dalam rancangan pikat2 cinta..
haha~~macam terrer sangat la ko dayah hoi~~

jom ikuti tips menarik ini..

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di

samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang

anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang

anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’

pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan

tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh

didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta

pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang

suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang

bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya.Contohnya

berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan

kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu

dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya

langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan

kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu

yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,

kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu

tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Feb 12, 2011

rahsia bulan kelahiran cik dayah



ok kali ni pasal rahsia bulan kelahiran.
ramai yang mungkin mempertikaikan sama ada nak percaya atau x.
tapi ape salahnya kite isi masa lapang dan appreciate org yg wat application ni kn??
serius cakap 90% dari kajian mengenai dayah kat ats 2 betul..so??
take it or leave it? its depend on you babe!!
asalamualaikum...tata!!! ^_*

entry korg 2 menarik ke annoying??

salam cun2 dan hensem2 sekalian entry kali ni dayah nk kongsi ngan korg tips cmne nk wat entry korg 2 menarik..1
tapi yg sebenarnye dayah pon ngah belaja same..jom la kte kongsi ilmu nie supaya dpt menambah baikkan entry kite bersama,~~cewaahh~~,

Antara tips-tips untuk membuat entry menarik;

  • For first impression, buat tajuk entry yang menarik untuk pembaca datang baca entry korang. Yang korang rasa kalau korang baca tajuk tue mesti tertarik nak baca isinya sekali.

  • Cuba buat entry yang dekat di hati pembaca/ isu hangat tapi dengan gaya penulisan korang tersendiri/ kehidupan peribadi menarik yang berbeza daripada yang lain.

  • Buat entry mengikut format seperti;

    ~Pendahuluan contohnya beramah mesra dengan pembaca/permulaan cerita.

    ~Isi ini mesti la konsisten dengan gaya penceritaan bersahaja atau berinteraksi dengan pembaca lebih menarik perhatian pembaca untuk terus membaca hingga ke akhir entry.

    ~penutup ini boleh di buat melalui kesimpulan atau apa sahaja yang korang rasa nak ulas dari keseluruhan cerita. Lagi bagus berinteraksi dengan pembaca melalui pertanyaan supaya pembaca menjadi tertarik untuk memberikan pendapat di ruangan komen.

  • Cuba buat entry secara ringkas tapi padat sebab kebanyakan pembaca malas nak membaca entry yang panjang. Kalau memang entry itu panjang, korang boleh buat entry by part 1,2,3.

  • Masukkan sekurang-kurangnya sekeping gambar di dalam entry bagi menarikkan lagi wajah entry.

  • Kalau korang masukkan lebih dari 1 gambar, seelok2nya semua gambar tue sama size width dan heightnya.

  • Elakkan penggunaan terlalu banyak emotion icon yang bergerak-gerak di dalam entry. Bagi cik tom maximun 3 kalau korang nak masukkan supaya tak nampak terlalu sarat.

  • Elakkan daripada penggunaan terlalu banyak warna di dalam sesuatu entry. Sama juga sebaiknya maximun 3 jenis warna sahaja.

  • Sebaiknya justifykan entry supaya nampak kemas dan tersusun. Bila kemas akan automatik menarik perhatian mata pembaca untuk membaca.

  • Kalau entry itu ada kaitan dengan entry sebelum ini, seeloknya masukkan backlink entry tersebut untuk memudahkan pemahaman pembaca dan automatik menambahkan pageview entry.

  • Cuba selang selikan jenis entry korang supaya pembaca tak boring untuk membacanya kecuali memang blog korang jenis fakta/diary dan lain-lain.


Read more: Tips Untuk Buat Entry Menarik Tertarik Deboom | ! CIK TOM ! http://www.ciktom.com/2010/11/tips-untuk-buat-entry-menarik-tertarik.html#ixzz1Dp6TouZa

entry cm ne aku nk wat kali ni kt blog aku??

entry cm ne aku nk wat kali ni kt blog aku??

Answer here

Feb 11, 2011

kamal adli plak kn..jom g tgk!!

Filem Kembar Siang merupakan filem komedi terbaru terbitan Metrowealth Movie Production Sdn Bhd yang diarahkan oleh Hatta Azad Khan dan diterbitkan oleh David Teo. Filem ini mengandingkan bekas Hero Remaja iaitu Kamal Adli bersama dengan pelakon wanita popular iaitu Intan Ladyana serta beberapa pelakon komedi veteran.

Barisan pelakon yang membintangi filem Kembar Siang ialah Kamal Adli, Intan Ladyana, Mat Over, Sabri Yunus, Sathiya, Syanie, Zul Handyblack, Zaibo, Rozita Che Wan, Mazlan Pet Pet dan Hamid Gurkha. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Februari 2011.

Sinopsis Filem Kembar Siang

KEMBAR SIANG menceritakan tentang kehidupan AWAL dan AWI sepasang kembar seiras. AWAL abang dan AWI adik. AWAL normal tetapi AWI sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas. Tetapi AWI mempunyai daya ingatan dan kemahiran mengira yang luarbiasa dan sering memberi tuisyen kepada MAZLI dan IZAN, anak sekolah yang sering menemaninya. AWAL dan AWI mewarisi rumah dan kedai runcit peninggalan arwah bapa mereka HAJI SABRAN. Pengurusan kedai runcit itu dilakukan oleh mereka berdua: AWAL jadi bos dan AWI jadi pekerja. Kedai runcit AWAL dan AWI mempunyai saingan dengan sebuah lagi kedai runcit di seberang jalan milik PAK DIN DUDA. Tapi AWAL dan AWI telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai PAK DIN DUDA yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. PAK DIN DUDA yang sudah tiga kali menduda mempunyai seorang pekerja, MAK YAM. Tetapi MAK YAM tidak dibayar gaji tetap, tetapi dibayar komisyen pada setiap jualan. MAK YAM mendapati komisyennya sangat sedikit. Kedai PAK DIN DUDA tidak dikunjungi ramai pelanggan kerana barang-barangnya yang sedikit dan harganya pula mahal. PAK DIN DUDA melihat AWI yang rajin dan mahu AWI bekerja di kedainya kerana dia sendiri lebih suka berehat dari bekerja. PAK DIN DUDA pujuk AWI dan berjanji akan carikan gadis cantik jadi isteri AWI. Tetapi rahsia PAK DIN DUDA terbongkar bila dia sendiri tak dapat membezakan yang mana AWI dan yang mana AWAL. Kadang-kadang dia terlepas cakap pada AWAL yang disangkanya AWI. ANI, teman wanita AWAL tidak tahu boy-friendnya mempunyai adik kembar seiras. ANI tergamam bila melihat AWAL yang dikenali sebagai taukeh, bos atau pengurus kedai, tiba-tiba mengangkut tong gas, membawa barang dapur atas motorsikal roda tiga dan memarut kelapa. ANI syak AWAL cuba berselindung dan menipunya. Seorang penagih dadah yang masuk mencuri di rumah AWAL dan AWI juga tergamam dan menjerit bila mendapati AWI yang sedang tidur di dalam bilik berada di warung luar rumah waktu dia mahu melarikan diri. Di waktu yang lain budak yang sama menjerit ketakutan bila AWI yang masuk ke toilet di belakang kedai runcit tiba-tiba mendekatinya dari depan sewaktu dia mencuri makanan ringan di dalam kedai. Sekalipun AWAL dan AWI kembar seiras, tetapi mereka mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. AWAL suka keluar malam bawa girlfriend, ANI makanmakan dan menonton wayang. AWI takutkan gelap dan bila malam terus tidur. AWAL ada kereta tetapi AWI lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. AWI pula jika memandu kereta dalam gear reverse sahaja. AWI diperkenalkan kepada ANI oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan ANI. AWAL jadi serba salah. AWAL memujuk ANI supaya berkahwin dengan AWI. ANI merajuk dan lama mereka tidak berjumpa. Suatu hari AWAL melihat ‘ANI’ yang bertudung masuk ke kedainya membeli barang tetapi langsung tidak menegurnya. AWAL mengikuti ‘ANI’ yang menaiki skuter. AWI juga ikut. AWAL terkejut melihat bapa ‘ANI’ yang berbeza warna kulit. AWAL menemui bapa ‘ANI’, MOHAMAD RAFI dan dapat cerita sebenarnya. ‘ANI’ adalah ANA dan kembar ANI. Gadis dua beradik itu kematian ibubapa dan dipelihara oleh dua keluarga berbeza. Kedua-duanya tinggal dengan bapa tunggal bila ibu mereka meninggal dunia. Bapa ANI, PAK WAN dan bapa ANA, MOHAMAD RAFI yang mengenali HAJI SABRAN bapa AWAL dan AWI. Katanya dia masuk jawi dengan HAJI SABRAN selepas memeluk Islam bersama isterinya. MOHAMAD RAFI juga kawan baik PAK WAN, dan pernah bekerja dengan majikan yang sama, bapa dan ibu sebenar ANI dan ANI. Mereka sudah lama tak berjumpa. AWAL beritahu bahawa ANI adalah tunangannya. AWAL mengatur pertemuan antara dua sahabat lama dan gadis kembar ANI dan ANA. Cerita berakhir dengan satu majlis persandingan tiga pasang pengantin: AWAL dan ANI, AWI dan ANA serta MOHAMAD RAFI dan MAK YAM. Antara tetamu yang terkulat-kulat melihat ketiga pasangan itu bersanding ialah PAK WAN dan PAK DIN DUDA. BUDAK PENCURI juga terkedu dan terjekil biji mata melihat dua pasangan kembar di atas pelamin.

Sumber – sinemamalaysia

muvi.muvie.muvies night lol



salam 1 malaysia !!
ni la keje aku kalo x de bende nk wa
t.tgk muvi je kjenye..
dari 1 cite ke 1 cite..tp yg bestnye aku dtmani rakan2 yg lain.x de bosan sngt kn..
cite first yg aku tgk ialah cite hantu kak limah balik umah..aduh cite ni, boley la.indah khabar dr rupa jgk la kn.dispointed.
sinopsis die:

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini ba

kal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Lim

ah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan

kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berla

ku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.


yang seterusnya cite damping malam.cite boley la.terkejut2 gak ktorg sinopsis die camni lak:

Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Feb 8, 2011

ya russkiĭ narod tak tebya lyublyu


(click gmbar tok besarkan)
huhu...bangga siot!!! pas ni nk wat entry sal org russia la..hihi
hi all russian people!!
~~я русский народ так тебя люблю~~
ya russkiĭ narod tak tebya lyublyu
(ni bnyi bahasa melayu)

khas untuk sahabat ku siti zulaika





salam gedik2 sekalian...hak2...entry kali ni khas tok sahabat ku siti zulaika binti lee arish
sambil mendengar dendangan lagu nie...korg layankn je k...!!
p/s:ika ko bayangkan yussuf la nyanyikan tok ko eh..jgn bwk lam mmpi sudah..


Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap
waktu

Tak ingin daku kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata

Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi daku berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap

Siti Zulaikha engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-Nya

Siti Zulaikha serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi

Namun dengan kuasa yang Esa
Cinta terbiar tersahut disapa
Berputiklah mekar menyinar bahgia
Kasih cinta pada Yusuf mulia

dehearty-siti zulaikha

Feb 5, 2011

asahan oh asahan


salam dan hai2 para blogger sekalian..!!

entry kali ini izinkan aku bercerita pasal pengalaman aku di paksa rela pergi kursus pemantapan dan pengukuhan jawatankuasa kolej dan non-resident beberapa mnggu yang lepas, dimana cuti mid sem aku juga sedang berlangsung. kem atau juga boleh dipanggil kursus itu diadakan di kem saujana asahan,majlis sukan negara Melaka.



Tempat kursus ni mmg tiptop wa kate lu. Time smpai je hati yang ragu mula berbunga menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan, dimana tempat ini betul2 berdekatan dengan kaki gunung ledang dan berhadapan dengan kem plkn. Sudah tentu cuaca nye sejuk macam kt london kan, tmbah2 lagi mase 2 time hujan plus bnjir semua.
cakap pasal banjir nie tempat aku mmg kne la kan, tp bkn rumah aku la..alhamdulillah rumah aku selamat, tapi jln semua x boley lalu, ayah aku kate x yah pergi time pagi 2.bab x de jalan, aku cuak gak takot kne marah last2 dpt g gak tp ikot jln jaoh la..asalkan smpai.

mula2 smpai prasaan sronok sebab time check in dapat tau 1 blik 2 org je, hehe..selesa beb! aku 1 blik ngan kak ita Nydp kolej. dpt je knci trus g check blik..bkk je pntu umak aihh serious cam hotel blik eh. cume x de tb je.aircond sume ciap.tp korg nk taw, slme 3 hari kt sne skali pon x pnah bkk aircond, sbb mmg da natural sejuk,kipas pon seperlahan yg boleh ktorg set.

aktiviti so-so la...tp kalo pihak kolej tambah kan aktiviti ldk ataupun bahasa penuhnya latihan dalam kumpulan mungkin lebih seronok. sebabnya, masa ceramah dari lecture2 aku tgk semua nye pengsan mcm kne tembak. kalo wat aktiviti dalam group2 yg lebih kecik mngkin ape yg nk diterangkan lebih cepat smpai. um...cakap banyak pon tarak gne korg layan je la gmbar2 gedik yg sempat dimuat turun..layan kan aje..!!



gambar ni diambil selepas aktiviti sukaneka berlangsung.abih semua putih kene baling tepong.
have fun sgt time ni,g 1 rase hbungan pelajar ngan staff lebih rapat..!!

geng2 mt's dari kolej aku..kolej tun teja..we'll rock + letoppzz..

ni time presentation mlm..haha(akk 2 action je lbey tp org len yg present)

ni dya merangkap mt publisiti~die takot lipas~hahaha


ni penghulu kami yg gedik u'll..!! tp die penghulu yg berpotensi!! give him a clap yeay!!

POSING2..itu la kerje aku bagi menjayakan misi menempelkan muke aku sebanyak yg mngkin di kamera org~kredit to akk tika bab nie sume dr kamera die yg mahal 2..~~

yeh2..ni la aksi kanak2 ribena yg terlebih suke...!

wow~~opss statement panas!! haha..cpt2..kami masih free..we're singgle and available..hahaha

kak ita merangkap nydp kolej yg cool!!

muke busuk~~pas kene baling tepong~~

wa..sungguh hijau ye pemandangan disini~~damai terasa!!

sekarang aku bersama fara selaku exco sukan yg comey!!hahaha..plus garang siot die nie!!

lalalalala....ngantok aih...posing jap!!

belon 2 warne pink saye suke!!!miahahahaha...



bangge siot aku~~siap pakai baju media g..ni bdk mmg banyak riak ooo..hahahaah

happy sokmo la...yeh...yeh..1..2..3...lari2...kita lari..badan sihat otak cerdas!!~~~


sesungguhnya setiap pertemuan pasti adenye perpisahan...chori2chupke2,,,selamat tinggal memori di asahan..mulakan langkah yang baru tanpa sempat menoleh dan mencari langkah yg tertinggal...aja2fighting dayah!! salam~~~[^_*]

sape tekan die bertuah!!