Malu itu Indah | Malu itu Fitrah

Dec 28, 2011

serius ke lelaki tu ngan korang??




1.Kalau seorang lelaki tu serius dengan ang,dia akan selalu nasihat ang.Maksud dyh,dia akan jaga aurat ang.Aurat paling berat la.Kalau dia ade nasihat ang,membebel pasal aurat ni semua,maknanya die sangat serius la dengan ang.Pertama,dia sayang kat ang.Tak nak ang masuk neraka.Kedua,dia akan jadi suami ang.Kalau ang tak jaga aurat ang,dia pun akan masuk neraka sekali.So,dia tak mo masuk melaka,eh..neraka sebab ang..

2.Kalau seorang lelaki sangat serius dengan ang,dia tak kan bawak ang jalan-jalan atau bersosial.Yang ni dyh dengar dari cikgu-cikgu dyh la.Depa cakap,kalau seorang lelaki sayang seseorang perempuan tu, dia akan simpan perempuan tu baik-baik.Bukan perempuan simpanan ye.Ang silap kalau ang pikiaq macam tu.Mungkin maksudnya,lelaki tu jaga perempuan tu la.Bukan untuk tatapan umum.Peribadi boleh..eh,dah kawen baru boleh..


3.Yang ketiga,kalau seorang lelaki ni betul serius dengan ang,dia akan cuba perbaiki diri dia.Mana yang tak ok dia ok kan.Mana yang koyak dia tampal.Mana yang kurang dia tambah.Maksud dyh dia perbaiki diri dialah.Dia nak jadi yang terbaik untuk ang.Tapi dalam masa yang sama, ang pun kena jadi yang terbaik untuk dia.Kalau tak,tu yang jadi kes cerai berai.Tak pun kawen dua tiga kali.Mau?lelaki seronok je kawen banyak ni..


4.Lepas tu,kalau lelaki ni serius dengan ang,dia akan cuba berjauhan dengan ang.Mungkin sekali sekala tanya kabar tu ade la.Bukan berjauhan bermaksud nak tinggalkan.Tapi ang kena paham,bila jauh ni kurang la buat dosa tu.Ang nak ke kumpul banyak-banyak dosa sebelum kawen?Dah kawen ang nak rapat macam mane pun sila la.Tak de sape nak halang.Kalau ada yang halang ang,ang pi buat report kat balai polis ok.


5.Kalau seorang lelaki ni serius dengan ang,dia akan selalu doakan jodoh ang dengan dia berkekalan sampai ke syurga.Bukan sampai ke anak cucu je ye.Lepas dah mati habis dah cinta tu?Tak romantik la ampa ni.Kuikuikui..


6.Yang terakhir,bila seorang lelaki serius dengan ang,dia akan cari kerja yang baik.Kalau tak de kerja yang baik macam mane la nak nikah dengan ang.Hantaran dah la mahal.Pastu dah ade anak nanti nak cari mane pulak duit?Ang nak shoping lagi..Orang perempuan kan kuat shoping.Haha.nak emas,berlian,cicin dan permata..Ops terlebih sudah..kutuk kaum sendiri, hehe kalau yang masih belajar lak..mesti study kaw2 punya..semata2 nak berjaya,.nanti da success leh kerja bagus2 baru boleh pinang anpa semua ni..


dayah rasa macam banyak lagi je.Tapi ni antaranya la.Nasihat dyh,carilah pasangan yang berakhlak dan kuat agama.Nak tengok anak kita macam mane,tengoklah ibu bapanya.Dan selalunya,anak yang hebat datangnya daripada ibu bapa yang hebat..


ok nak dapat jodoh yang baik? selalu amalkan doa ni.. ni lecture law dayah yang suruh amalkan. awesome!


maksud dia::Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

5 comments:

  1. ika ! nak juggak link ika ~
    btw, dyh ade typo.. hantaran*

    ReplyDelete
  2. kah kah kah....mel ni alert gile..ala... biase lah...bile idea da dtg mencurah2....taip kene laju2..tu yg ter typo tu.. maafkan kekhilafan saye ye... t saye edit balik..

    ReplyDelete

sape tekan die bertuah!!