Malu itu Indah | Malu itu Fitrah

May 21, 2011

::Seth Tan ke S E T A N::

Assalamualaikum w.b.t ollla2....!

Ha..ni lagi satu cerita yang menjadi fenomena bagi penggemar2 drama melayu. Ikuti drama ini di slot akasia setiap jam 7.00 malam di tv3. Drama menarik ini menampilkan ramai bakat2 baru dan turut mengandingkan pelakon lama. Antaranya Aaron Aziz, Erry Putra, Siti Saleha, Zul Ariffin dan ramai lagi. ok. Ni ade sedikit sinopsis atau plot drama Nora elena ni. Enjoy yaa!!







Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?



gandingan utama drama hebat ini


*okeh fyi aku x layan cter ni sangat. Sebab mase die tak sesuai. Lagi satu takot terjebak sebabnya cuti semester tinggal lagi seminggu jer. Ha..caner? nak tengok kat kolej tu. Kalau rajin adelah muka aku tercongok kat depan tb kat kolej tu. Anyway ngah try cari novel cerita ni. lupa nk cakap cerita ni based on novel kasih yang suci. haha..ok la...tu je nak share.


*p/s: dgr cerita ramai gak kawan2 lelaki aku layan cerita ni.tabiq spring la aku kat hangpa!

No comments:

Post a Comment

sape tekan die bertuah!!