"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang
Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah,
yang Baraqah dan yang Syadaqah."
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan
sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini
sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa
suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan
dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu
makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
**Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli**
No comments:
Post a Comment